Categories
NASIONAL

Undi tak percaya di DUN jika mahu tukar MB Kedah

OLEH : NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Pakatan Harapan tidak berminat ‘menangguk di air keruh’ dalam krisis politik Menteri Besar Kedah sebaliknya menyarankan perkara itu diselesaikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata perkara itu boleh dilakukan melalui undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekiranya mahu menggantikan Menteri Besar Kedah.

PC PAKATAN RAKYAT PARLIMENT (1 of 4)-4“Biarlah mereka sesama mereka bergaduh di dalam itu. Pakatan Harapan tidak berminat mencampuri isu ini,” kata Dr Wan Azizah dalam sidang media Pakatan Harapan di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya pendirian itu dicapai selepas majlis pimpinan Pakatan Harapan mengadakan perbincangan melibatkan wakil daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH.

Sebelum ini, 14 Ketua Bahagian Umno yang sebilangannya terdiri daripada Adun di Kedah dalam sidang media mengumumkan hilang kepercayaan kepada Mukhriz.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.