Categories
SELANGOR

Empat premis kotor dikompaun MPK

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 FEB: Sebanyak empat premis dikenakan tindakan kompaun Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan dalam mengendalikan makanan.

Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata antara kesalahan dilakukan pemilik premis itu ialah tiada perangkap minyak, premis kotor, tiada suntikan TY2 dan tidak memakai apron serta topi semasa mengendalikan makanan.

MPKBeliau berkata kesemua premis berkenaan dikenakan kerana menjalankan perniagaan dalam keadaan kotor terutama di bahagian dapur premis.

‘MPK menerima banyak aduan daripada penduduk setempat berkaitan masalah longkang tersumbat di sekitar kawasan perniagaan ini dan antara puncanya ialah peniaga tidak menyediakan perangkap minyak.

“Malah ada peniaga bertindak jijik membuang lemak minyak masak ke dalam longkang sehingga kawasan sekitar berbau busuk dan tersumbat terutama pada waktu hujan,” katanya dalam kenyataan.

Yasid berkata, setiap kali menerima aduan, kontraktor dilantik di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) melakukan kerja pembersihan namun keadaan kembali tersumbat akibat tindakan tidak bertanggungjawab peniaga terlibat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.