Categories
NASIONAL

Gabenor Bank Negara baru perlu bebas lantikan politik

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM 22 FEB : Pemilihan Gabenor Bank Negara baru perlulah bebas daripada lantikan politik dan dibuat secara terbuka bagi memastikan integriti badan itu dipertahankan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata ketetapan mengenai perkara itu perlu dibuat supaya hal membabitkan kepentingan negara tidak dibiarkan ditadbir individu tidak berkredibititi.

Bank-Negara-Malaysia“Jangan libatkan unsur kepentingan politik terhadap parti atau individu tertentu kerana kalau wujudnya sentimen politik dalam pemilihan itu, ini malapetaka buat rakyat.

“Individu dilantik Gabenor Bank baru itu perlulah bijak, lebih baik daripada Gabanor Bank sekarang ini atau paling tidak pun perlulah setanding dengannya,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata pemilihan tepat itu penting kerana keputusan dibuat Gabenor Bank Negara memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi rakyat dan pendapatan negara.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Akhtar Zety dilaporkan bakal bersara pada April ini.

Zeti
Gabenor Bank Negara

Lebih sedekad memegang jawatan itu, Zety dilihat tegas khususnya membabitkan isu derma RM2.6 bilion dan syarikat beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun kata Johari juga Ketua Whip KEADILAN itu, wujud keraguan apabila khidmat Zety tidak disambung walaupun sepanjang tempoh perkhidmatannya, institusi kewangan negara lebih berdaya saing.

“Kita tidak nampak mengapa Zety perlu dibersarakan awal kerana kalau ikut umur persaraan, khidmatnya boleh dilanjutkan.

“Andaian saya dan rakyat, ini tentunya melibatkan ketegasan Zety terhadap isu rasuah dan penyelewengan Perdana Menteri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.