Categories
SELANGOR

GAS 1.0 rancak kegiatan seni didik jiwa

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 FEB: Penggiat seni tanah air terus dihargai dan menjadi sumber inspirasi kepada anak muda dan masyarakat dalam bentuk kesenian Islam pada Gala Aspirasi Seni 1.0 (GAS 1.0).

Program yang bermula jam 12 tengah hari itu dipenuhi dengan pelbagai slot-menarik seperti Santai Kopitiam, Forum, Kuliah Maghrib dan lain-lain dengan kehadiran artis-artis tanah air.

SeniAntara yang menjadi tumpuan anak muda sewaktu slot Santai Kopitiam: Penggiat Seni Sebagai Agen Perubahan dengan kehadiran Fyn Jamal, Hafiz Hamidun, IM Fakhrul, Ustazah Ros Izanuri dan Soutul Amal pada jam 5 petang semalam.

Pada sebelah malam GAS 1.0 turut menjadi penantian anak muda dengan kehadiran artis tanah air seperti Afdlin Shauki, Yana Samsudin, Caliph Buskers, Ustazah Norhafizah Musa dan ramai lagi.

Gala SeniSlot yang dibincangkan mengenai agenda perubahan seni ke arah lebih bertamadun untuk dijadikan panduan kepada anak muda yang cenderung dalam bidang seni tetapi masih menepati syariat.

Selain itu, ia juga adalah bagi melahirkan penggiat seni yang mendidik jiwa manusia dan membina industri seni islam.

GAS 1.0 adalah anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Tautan Rahmat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.