Categories
NASIONAL

Gesa bebas Anwar, gabungan pembangkang serah memorandum kepada ahli tetap PB

Oleh : ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 18 FEB : Usaha ke arah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan lagi melalui penyerahan memorandum pembebasan bekas Ketua Pembangkang itu kepada lima negara anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh 38 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang.

Wakil gabungan itu, Ronnie Liu menegaskan usaha terbabit dibuat bagi mewujudkan campurtangan anggota tetap PBB membabitkan Amerika Syarikat, Rusia, China, British dan Perancis.

ronnie-liu edt“Kita berharap usaha ini akan membuka mata banyak pihak khususnya dunia luar untuk terus memberi tekanan ke arah pembebasan Anwar serta haknya sebagai tahanan politik negara ini,” katanya kepada pemberita di luar kedutaan Amerika, hari ini.

Beliau menambah, usaha tersebut akan diteruskan lagi dengan mendapatkan kerjasama pertubuhan antarabangsa lain antarannya, Amnesty International dan pertubuhan hak asasi manusia.

“Kita akan terus berjuang untuk mengetengahkan isu pemenjaraan Anwar yang secara jelas merupakan tahanan politik nombor satu negara,” tegasnya.

Sebelum ini, PBB menyifatkan penahanan bekas Ahli Parlimen Permatan Pauh itu melanggar undang-undang antarabansa selain menggesa pembebasan Anwar.

Pendirian PBB itu dibuat menerusi Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB, sekaligus memberi mesej jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.