Categories
SELANGOR

HIJRAH sumbang RM1,000 bantu pelajar putus kaki

KLANG, 5 FEB: Adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang kehilangan kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang pada 18 Januari lalu menerima sumbangan RM1,000 daripada Yayasan HIJRAH Selangor (HIJRAH).

Sumbangan disampaikan Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH , Datuk Mansor Othman ketika berkunjung melihat perkembangan kesihatan Nuraisyah yang masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

HIJRAH BANTUKunjungan turut dihadiri 18 kakitangan HIJRAH Selangor yang diketuai Pengurus HIJRAH Cawangan Kota Raja, Syukri Ismail dan Ketua Pengurus Operasi HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir.

Bapa tiri pelajar berkenaan, Roslan Sardi yang juga merupakan Usahawan HIJRAH Selangor dari Selat Klang turut melahirkan rasa terharu di atas keprihatinan HIJRAH membantu keluarganya.

Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam itu putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan,14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.