Categories
SELANGOR

Kejuaran Cub Prix bermula di Serdang 12 Mac

SHAH ALAM 20 FEB: Usaha melahirkan lebih ramai pelumba berbakat dan membangunkan sukan permotoran negara diteruskan dengan pengumuman sepuluh pusingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi musim 2016.

Pengarah Urusan Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promoter acara Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Ron Hogg, berkata siri kejuaraan ini bermula di Selangor sebelum bergerak ke Pulau Pinang, Perlis, dan Kelantan.

Cub Prix get back in action on March 12 at Maeps SelangorKatanya tiada sebarang perubahan teknikal dilakukan pada musim ini sejajar dengan keadaan ekonomi semasa.

“Bagi musim 2016, Kejuaraan mengekalkan enam kelas perlumbaan, perlumbaan terbuka CP130, CP115, Wira dan Pro-Am dan dua perlumbaan kategori satu pengeluar dengan Honda dan Yamaha yang menjadi platform mencungkil bakat pelumba muda,” kata Ron Hogg.

Beliau berkata melalui perbincangan bersama pasukan dan pengeluar, matlamat utama musim ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan perlumbaan ke tahap minimum.

“Kami juga mengkaji untuk mendapatkan lebih banyak kerjasama pihak berkaitan dalam industri ini untuk memberikan sokongan kepada pelumba persendirian mengambil bahagian di dalam kategori Pro-AM,” katanya.

Tahun 2016 merupakan musim ke-13 berturut-turut PETRONAS menjadi penaja utama kepada Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Pusingan pembukaan musim bakal berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 12 dan 13 Mac ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.