Categories
NASIONAL

Khidmat Malaysia bantu operasi banjir di Melaka

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 FEB: Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) bagi Zon Tengah dan Zon Selatan diarah untuk digerakkan bagi membantu operasi bantuan banjir di Melaka.

Ketua Pengarah KHIDMAT Malaysia, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata Zon Tengah adalah terdiri dari negeri-negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

12647465_776941552439172_7212358931189818292_nManakala, Zon Selatan adalah terdiri dari negeri-negeri Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Beliau berkata,Pengarah Operasi KHIDMAT Malaysia Pusat bagi misi itu adalah Mohd Nazree Mohd Aris (No Tel 016-345 8538).

Sementara itu, Pengarah bagi peringkat negeri Melaka adalah Lokman Md Daud (No. Tel. 019-712 1424) dan Setiausaha Operasi adalah Tuan Haji Malik Yusof (No. Tel. 013-661 9065)

Lokasi pejabat operasi untuk gerakerja bantuan ini adalah di Pejabat PAS Kawasan Alor Gajah, Jalan Murai Jaya 3, Kampung Padang Keladi, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.