Categories
NASIONAL

Krisis politik Kedah : Muhriz letak jawatan, Bashah ganti tempat

SHAH ALAM, 3 FEB : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini setelah berminggu kerjaan negeri jelapang padi itu bergolak.

Keputusan serta merta Muhriz itu diambil susulan hilang majoriti dalam Dewan Undang Negeri (DUN).

Perkara itu dalam pengetahuan Muhriz sejak semalam apabila pihak Istana Kedah memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi memiliki sokongan majoriti.

MUHRIZ (1)“Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya serta-merta sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, lapor portal The Malaysian Insider.

Kekosongan jawatan itu diisi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada 20 Januari lalu, Bashah yang juga ADUN Bakar Bata, mengetuai 14 ketua Umno bahagian pada satu sidang media mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz dan menggesa beliau diganti.

Katanya, anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui pentadbiran negeri sejak 2013, gagal menyatukan parti dan jenteranya serta tiada strategi untuk Umno Kedah menuju Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.