Categories
NASIONAL

Laksana gaji minimum RM1,500 sebelum bawa pekerja asing

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 FEB: Kerajaan Persekutuan digesa melaksanakan gaji minimum RM1,500 seterusnya menguatkan peranan Kesatuan Sekerja sebelum mahu anak muda mengambil alih pekerjaan warga asing.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya anak muda mengambil alih kerja diisi pekerja asing cukup menarik tetapi pra-matang.

bangladesh“Adakah Ahmad Zahid memahami sebab anak muda hari enggan bekerja di sektor perladangan atau sektor disebut “3D” atau “Dirty, Difficult and Dangerous” atau “Kotor, Susah dan Berbahaya?” solanya dalam kenyataan.

Fahmi berkata seharusnya Zahid melalui mesyuarat Kabinet mengambil langkah termasuk memastikan hak pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutamanya dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja.

“Selain meningkatkan gaji minima seperti dicadang Pembangkang iaitu RM1,500 sebulan, Kerajaan Persekutuan perlu memastikan sistem pendidikan vokasional menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri lebih menyeluruh.

“Malah perlu memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat, dan paling penting anak muda untuk mengambil alih kerja dimonopoli pekerja asing, terutama melalui geran meningkatkan teknologi diguna dalam kerja terbabit,” katanya.

Beliau berkata tanpa melaksanakan langkah di atas, gesaan Zahid hanya retorik semata-mata dan bukannya niat ikhlas membantu anak muda mengambil alih kerja diisi pekerja asing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.