Categories
SELANGOR

Man Kidal jalin kerjasama HIJRAH galak masyarakat niaga

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 8 FEB: Skim HIJRAH ditawarkan Kerajaan Selangor bagi membantu rakyat menjana pendapatan sebagai usahawan menarik perhatian gitaris lagenda negara, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood.

Gitaris utama kumpulan Lefthanded itu berkata, hal ini berikutan skim pinjaman itu membantu masyarakat di negeri itu keluar daripada kemelut kesukaran berhadapan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

man kidal a“Kami sedia jalin kerjasama dengan HIJRAH untuk adakan program bagi menarik minat orang ramai menceburi bidang perniagaan.

“Kami akan berbincang dengan HIJRAH selepas ini untuk adakan program bersama,” kata Man Kidal ketika ditemui SelangorKini pada Majlis Malam gemilang Usahawan Hijrah Selangor Cawangan Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan peneraju syarikat MKLabel Sdn Bhd itu bagaimanapun berkata, bentuk kerjasama kedua-dua pihak hanya diumumkan selepas perbincangan dijalankan.

Mengulas perkembangan syarikatnya itu, Man Kidal memberitahu sebelum ini MKLabel menandatangani kerjasama dengan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi meluaskan perniagaannya ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu pada November 2015 lalu, MKLabel turut menjadi penaja utama Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia 2015 (MACCOPS) bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan barisan artisnya, Man Kidal, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Dayang Nurfaizah, Ifa Raziah dan Raihan.

Selain mengembangkan perniagaannya MKLabel turut membuka peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi rakan niaga melalui skim perkongsian yang ditawarkan.

“Bila kita tahu peminat sokong kita, jadi saya terfikir apa yang saya boleh sumbangkan semula kepada peminat saya sebab kita tak boleh mahu mengambil sahaja tetapi kita juga kena memberi dan sehingga hari ini saya tak sangka perniagaan saya berkembang,” kata Man Kidal.

Katanya lagi, sehingga kini MKLabel sudah mempunyai kira-kira 3,000 peserta di seluruh negara termasuk daripada peserta HIJRAH sendiri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.