Categories
NASIONAL

Nafi perubatan, Nurul Nuha minta campur tangan antarabangsa bantu Anwar

Oleh : Ermizi Muhamad

KUALA LUMPUR, 18 FEB : Nurul Nuha Anwar kesal apabila tuntutan terhadap hak perubatan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan kerajaan Umno Barisan Nasional.

Menyifatkan penafian itu jelas bersifat politik, anak bekas Ketua Pembangkang itu berharap campur tangan pihak luar dapat memberi tekanan kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran terhadap rawatan perubatan Anwar.

Nurul Nuha Anwar, the second daughter of Anwar Ibrahim, speaks during an interview with The Malaysian Insider at her house in Segambut, Kuala Lumpur on February 18, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Kita berharap selepas Amerika memberi jaminan ini (rawatan), tidak ada lagi halangan bersifat politik oleh individu tertentu untuk menghalang papa daripada menerima rawatan sebaiknya,” katanya kepada SelangorKini di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, petang tadi.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini dilaporkan mengalami kesakitan serius di bahu kanannya susulan kecederaan yang dialaminya dalam satu kemalangan sebelum ini.

Kecederaan tersebut memaksa Anwar menjalani latihan intensif dan rawatan fisioterapi di hospital.

Malah, beliau juga perlu membuat imbasan secara berterusan di bahagian buah pinggangnya kerana berlaku ketumbuhan 4CM di bahagian itu.

Namun, Anwar tidak diberikan rawatan secara konsisten selepas wujud keraguan apabila doktor yang merawatnya di Sungai Buloh iaitu Dr Jeyaindran merupakan bekas doktor peribadi musuh politiknya, Datuk Seri Najib Razak.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.