Categories
SELANGOR

Najib dabik dada, rakyat menderita

SHAH ALAM, 4 FEB: Keluhan rakyat berkenaan peningkatan kos sara hidup di sebalik kemelesetan ekonomi hari ini dikongsi Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Beliau dalam satu posting di Facebook berkata, baik golongan peniaga mahupun profesional mengeluh susulan kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

yaakob interview yellow stripe 01“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bangga dapat mengutip RM39 bilion daripada GST, tetapi tahukah dia seorang nenek tua menangis teresak esak ketika saya jumpa.

“Katanya duit kebajikan yang ada tidak cukup untuk beli keperluan harian dan membayar bil,” katanya.

Pada masa sama, katanya, tindakan Najib menggantikan Peguam Negara ekoran ‘tidak setia’ kepadanya dianggap sebagai ganggu gugat dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, nasib sama bakal menimpa Gabenor Bank Negara dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekaligus menyebabkan pentadbiran menjadi caca merba.

“Saya didatangi bekas kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang mengeluh masih tidak mendapat pekerjaan setelah dibuang dan pekerja kontrak syarikat petroleum yang tidak sanggup berada di bawah pentadbiran Najib.

“Najib tetap hidup mewah bersama permaisurinya. Doakan semoga Najib cepat turun demi kebaikan rakyat semua,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.