Categories
SELANGOR

‘Ops Lumpur’ pantau aktiviti punca banjir

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

RAWANG, 24 FEB : Sebarang aktiviti salah laku menyebabkan kejadian banjir di negeri ini akan dipantau pasukan khas, ‘Ops Lumpur’.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia sebagai komitmen Kerajaan Negeri mengatasi masalah banjir menerusi Jawatankuasa Task Force Tebatan Banjir.

IMG_20160224_150855Katanya, pasukan itu mendapat kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dan dianggotai pihak berkuasa tempatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“Pasukan Ops Lumpur ditubuhkan untuk memantau aktiviti dianggap boleh menyebabkan kejadian banjir dan pencemaran sungai,” katanya selepas mengadakan lawatan di Tapak Pembinaan Rumah di Bandar Tasik Putri di sini, petang ini.

Sebelum ini, masalah sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik didakwa menjadi penyebab pertambahan kawasan banjir di negeri ini.

IMG_20160224_154354Sehingga 2015, sebanyak 77 kawasan banjir dicatatkan dengan 95 kes direkodkan.

Penghujung tahun lalu juga menyaksikan banyak laporan banjir direkodkan di beberapa kawasan khususnya di Kuala Selangor yang dianggap sebagai banjir paling teruk sejak 20 tahun lalu.

Antara kawasan paling terjejas teruk di Kampung Parit Mahang, Kampung Seri Sentosa Batu 15 dan Puncak Alam.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.