Categories
SELANGOR

RM191 juta laksana projek tebatan banjir di Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 FEB: Sejumlah RM191 juta diperuntukkan Kerajaan Selangor bagi pelaksanaan 48 projek tebatan banjir 2016 khusus untuk empat daerah kritikal di negeri itu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Hashim Osman, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM43 juta diperuntukkan di bawah Pembangunan Negeri yang memfokuskan 21 projek.

HASHIM-JPSSelain itu, katanya, peruntukan berjumlah RM53 juta diterima daripada Akaun Amanah Caruman Parit digunakan untuk melaksanakan 14 projek yang dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

“Manakala 13 projek lagi akan dilaksanakan bermula 2016 dan dijangka siap pada 2017 dengan menelan belanja sebanyak RM95 juta.

“Projek itu terdiri daripada projek baru dan projek sambungan yang akan dijalankan tahun ini,” katanya kepada SelangorKini.

Empat daerah kritikal iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Selangor menjadi tumpuan JPS Selangor dalam Rancangan Tebatan Banjir tahun ini.

MB BanjirDalam pembentangan Belanjawan 2016, Kerajaan Negeri bercadang menambah peruntukan pembangunan JPS kepada RM80 juta sekaligus mencatat peningkatan 70.21 peratus.

Pada masa sama, Hashim berkata, JPS Selangor sudah menyenaraikan beberapa program bagi mengatasi masalah banjir secara menyeluruh.

Katanya, sebanyak 50 peratus peruntukan pembangunan diterima daripada Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)
diletakkan khusus untuk program tebatan banjir terbabit.

“Justeru, hampir 100 peratus peruntukan daripada Akaun Amanah Caruman Parit yang diterima JPS Selangor sudah diperuntukkan untuk mencegah dan mengatasi kejadian banjir yang sedang dan diramal akan berlaku,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.