Categories
SELANGOR

Segi Fresh pasarkan produk, beri 30 tapak niaga percuma peserta HIJRAH

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 7 FEB: Peserta HIJRAH kini boleh mengembangkan pasaran perniagaan di empat Pasaraya Segi Fresh apabila memorandum persefahaman ditandatangani dengan HIJRAH Selangor baru-baru ini.

Pengurus Besar Kanan Segi Fresh , Fong Leong, berkata selain memasarkan produk peserta HIJRAH di pasaraya itu, mereka turut ditawarkan peluang berniaga di tapak niaga disediakan secara percuma.

Makan Malam Meraikan Usahawan HIJRAH (ASRI) (2)“Syaratnya mereka harus menjadi ahli HIJRAH Selangor. Kami menawarkan tapak di beberapa Pasaraya Segi Fresh di Subang, Balakong, Teluk Panglima Garang dan akan datang di Pandamaran Klang.

“Dianggarkan 30 tapak kesemuanya apabila setiap pasaraya ada lapan hingga 10 tapak. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sama ada melalui pejabat HIJRAH atau secara terus di Pasaraya Segi Fresh,” katanya.

Beliau berkata bagi memasarkan produk di Segi Fresh aspek pembungkusan perlu diberi perhatian dengan sistem bar kod dan tanda halal.

“Bungkusannya juga haruslah dipastikan ada tanda halal kerana majoriti pelanggan kami adalah orang Melayu,” kata Leong kepada SelangorKini pada majlis Malam gemilang Usahawan Hijrah Selangor Cawangan Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini, malam tadi.

Katanya, peserta HIJRAH yang berminat untuk berniaga di tapak niaga di Segi Fresh boleh mendaftar sama ada di pejabat HIJRAH atau mendaftar secara terus di Pasaraya Segi Fresh yang dikehendaki.

Kata Leong, selain membantu memasarkan barangan, Segi Fresh turut memberi bimbingan kepada usahawan yang berminat menceburkan diri dalam bidang perniagaan peruncitan pasaraya.

“Segi Fresh membekalkan ilmu supaya mereka lebih memahami selok belok perniagaan peruncitan lebih mendalam,” kata Leong lagi.

Kata Leong lagi, Segi Fresh turut memberikan Kad Segi HIJRAH kepada peserta denhan mereka dapat membeli barangan di Segi Fresh pada tawaran harga rendah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.