Categories
SELANGOR

33 kakitangan MDKL, terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SEPANG, 24 MAC : Seramai 33 kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas kesungguhan dan komitmen menjalankan tugas.

Kesemua penerima diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Dewan Ballroom Hotel Sama-Sama yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, semalam.

MDKL 2“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penerima. Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi anda sebagai penjawat awam diiktiraf pihak pengurusan tertinggi MDKL.

“Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat kepada kakitangan MDKL untuk terus berkhidmat dengan sepenuh hati disamping memberikan motivasi kepada penjawat awam lain,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohd Azhar Mohamad Ali.

Pada masa sama, dua kakitangan MDKL yang telah bersara juga diberikan penghargaan atas jasa bakti dan perkhidmatan diberikan sepanjang lebih 30 tahun.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan muzik kombo Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan diselangi cabutan nombor bertuah kakitangan MDKL.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.