Categories
SELANGOR

Sultan Selangor rasmi AEON Shah Alam

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj berkenan mencemar duli ke perasmian AEON Shah Alam yang bercirikan gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun.

Dibina atas tanah seluas 18.7 ekar, bangunan tiga tingkat itu turut dilengkapi perkhidmatan lokap simpanan sejuk percuma dan 2,500 tempat letak kenderaan.

Memiliki ruang perniagaan seluas 1.5 juta kaki persegi ini menempatkan sejumlah 160 jenis perniagaan jenama antarabangsa dan tempatan.

AEONAEON Shah Alam juga merupakan pusat membeli belah ke 25 dan cawangan ke 31 di Malaysia.

Pengerusi AEON Co. (M) Berhad (AEON Malaysia), Datuk Abdullah Yusof berkata, sejak rangkaian pusat beli-belah tersebut beroperasi, ia terbukti membantu memodenkan industri peruncitan di negara ini.

Katanya, sumbangan itu bukan sahaja membabitkan perkembangan ekonomi Selangor, malah ia turut membuka lebih 5,000 peluang pekerjaan.

“Di AEON kami mempunyai matlamat untuk menjadi tempat bukan sekadar tempat membeli belah.

“Setiap darinya menawarkan hanya terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti, pengalaman membeli belah dan hiburan,” katanya dalam ucapannya ketika majlis perasmian itu.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Abdullah berkata kos pembinaan Aeon sebanyak RM445 juta itu memberi peluang kepada peniaga industri sederhana memperkenalkan produk.

“Ia juga sebagai pengiktirafan Shah Alam yang mana Menteri Besar merancang membangunkan kemudahan sosial dan prasarana demi memenuhi tuntutan penduduk semakin pesat.

AEON Shah Alam itu merupakan rekaan mercu terkini hasil inspirasi mercu Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Ia juga mengguna pakai ciri unik empat musim yang diilhamkan daripada musim yang ada di Jepun iaitu musim panas, luruh, sejuk, bunga.

Kemudahan pengunjung turut diutamakan dengan perkhidmatan peti simpanan sejuk percuma dengan pengunjung boleh terus meluangkan masa di pusat membeli belah tanpa perlu risau barangan sejuk yang dibeli.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.