Categories
SELANGOR

Anugerah MDKL suntik semangat kerja, peduli masyarakat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SEPANG, 24 MAC : Penghargaan pihak pengurusan tertinggi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)  kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang malam tadi menyuntik semangat mereka untuk lebih komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Kakitangan dari Jabatan Khidmat Pengurusan, Aby Azral Adam, berkata pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin baginya untuk lebih gigih bekerja di masa depan.

MD2“Sudah semestinya penghargaan ini akan memberi kekuatan kepada saya untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh selepas 10 tahun berkhidmat.

“Saya akan terus memberikan perkhidmatan terbaik pada masa-masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi kakitangan Jabatan Perbendaharaan, Nur Qurshiah Azhari, penghargaan diberikan mendorong dirinya untuk lebih komited berhadapan dengan masyarakat setempat.

“Bertugas di bahagian kaunter ini memerlukan komitmen tinggi untuk berdepan bermacam ragam pelanggan.

“Saya berazam untuk lebih komited untuk memberikan perkhidmatan secara profesional kepada pelanggan,” katanya yang berkhidmat 9 tahun bersama MDKL.

MD3Sementara itu, Ezzaq Affendie Ramli kakitangan dari Unit Aduan, Perhubungan Awam dan Korporat menganggap penghargaan sebagai satu amanah untuk dirinya berkhidmat dengan lebih cemerlang.

“Ini tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada saya. Saya akan memikul tangunggjawab ini sebaiknya dengan penuh berdedikasi,” katanya.

Kesemua penerima diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Dewan Ballroom Hotel Sama-Sama yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.