Categories
NASIONAL

Bila Menteri parkir di lot OKU

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 MAC: Foto kenderaan rasmi seorang Menteri meletakkan kenderaan di lot parkir khas orang kelainan upaya (OKU) menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan nitizen di laman sosial facebook.

Foto yang mula beredar sejak beberapa hari lalu itu memaparkan kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran dengan tertera perkataan MENTERI meletakkan kenderaannya di lot parkir khas untuk OKU di satu lokasi yang tidak dikenalpasti.

“Peraturan dan undang-undang hanya untuk rakyat biasa saja ke atau menteri ni memang OKU?,” soal Nazary Naz Nazary V‎ di facebook kumpulan ‘Crime Watch Malaysia’.

Pemilik akaun facebook bernama Zai Gobi dalam komennya menulis, “Rakyat di bawah undang-undang, menteri di atas undang-undang,” tulisnya.

Manakala Kenny Choy Joon Kit pula menulis, “menteri ‘buta’ merupakan satu kecacatan yang normal,” dan Woo Chee Seng dalam komen entri sama pula menulis, “Menteri Otak Kurang Upaya.”

Sehingga kini foto yang dikongsi sebanyak 747 kali itu disukai 591 pemilik facebook dan menerima 133 koment oleh netizen.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.