Categories
NASIONAL

Deklarasi Rakyat capai sasaran lebih awal

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad yakin Deklarasi Rakyat mencapai sasaran lebih awal melalui satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.

“Kita sasarkan sehingga akhir tahun tetapi saya rasa kita mampu mencapai lebih awal.

“Bagaimanapun kita menggerakkan kempen untuk terus mendapatkan sokongan rakyat,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, semalam.

CP2A5038Beliau berkata demikian selepas program Kongres Rakyat yang menampilkan ramai pemimpin dari pelbagai parti dan pihak berza termasuk mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohanmed Azmin Ali; Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan yang lain.

Deklarasi Rakyat dimeterai antara pelbagai pihak termasuk Pakatan dalam usaha menyingkirkan pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang didakwa melakukan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan kemerosotan ekonomi.

Ketika ini, katanya, usaha terbabit berterusan dan tidak mengecewakan dengan lebih 100,000 sudah dicapai dengan capaian menggalakkan menerusi dalam talian serta manual.

Malah, beliau berkata, petanda jelas di kalangan ahli Umno tertentu turut menyatakan sokongan terhadap usaha berkenaan.

“Kita akan adakan urus setia untuk menyelaras segala gerakan dan pada masa sama pelbagai pihak lain akan menggerakkan usaha secara bebas sehingga Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Deklarasi rakyat“Kita perlu mendapatkan sokongan rakyat menerusi deklarasi ini untuk dimajukan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong tetapi sedar ada antara pihak tertentu yang masih takut untuk menyatakan sokongan,” katanya dengan usaha berterusan akan dilakukan bagi mencapai tujuan berkenaan.

Berhubung pelantikan Perdana Nenteri baru jika Najib disingkirkan, beliau berkata, perkara itu diputuskan dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen di dalam sidang Dewan Rakyat.

“Perlu diingati Perdana Menteri ialah pemimpin yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan kita harus menghormatinya.

“Sekarang bukan masa bagi kita untuk menamakan sesiapa dan apa yang penting Najib perlu berundur dahulu, ” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.