Categories
NASIONAL

Kes Yahya: Tunggu permohonan kehakiman bertulis, kemuka rayuan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MAC : Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya masih menunggu laporan penghakiman bertulis sebelum membuat sebarang permohonan rayuan keputusan penghakiman Naib Setiausaha Pengelola KEADILAN, Yahya Shari.

Beliau berkata, pihaknya masih belum boleh membuat sebarang tindakan lanjut mengenai keputusan penghakiman itu.

yahya saari permatang 30 apr 02“Kita sedang menunggu laporan penghakiman bertulis tersebut yang dijangka akan dikeluarkan minggu depan.

“Selepas itu kita akan mengkaji daripada pelbagai aspek untuk mencari ruang terbaik dalam keputusan ini,” katanya kepada SelangorKini.

Mahkamah Rayuan pagi ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan kepada bekas Pegawai Khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung isu derma RM50,000 bagi sambutan meraikan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat, lapan tahun lalu.

Panel hak diketuai Datuk Abdul Aziz Rahim, Datuk Abful Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhliwali membuat keputusan itu sekaligus menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

Hukuman tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, 27 Jun 2013.

Sebelum ini, Mahkamah Seksyen telah dua kali memutuskan Yahya tidak bersalah dan dibebaskan daripada sebarang salahlku mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.