Categories
SELANGOR

Piala AFC: Gergasi Merah tewas 0-1

OLEH : HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 8 MAC: Selangor gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila dikalahkan  Tampines Rovers 0 – 1 dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam ini.

Gol kelab Singapura itu dijaringkan Fazrul Nawaz Sharul Hameed pada minit ke-26 menerusi  kuisan di depan pintu gol yang terlepas dari kawalan pertahanan The Red Giants dan melepasi kawalan Norazlan Razali.

afc 2Dalam separuh masa pertama, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan nampak agak tidak menjadi dengan serangan dirancang mudah dipatahkan pasukan lawan.

Tampines Rovers jelas mengunakan peluang sebaik mungkin dengan serangan dilancarkan bahagian hadapan diketuai Fazrul Nawaz menghadirkan gusar di dalam petak penalti Selangor.

Selangor menghadapi tentangan hebat lawan dan hanya mencabar dengan beberapa serangan balas namun Patricik Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi gagal menemui sentuhan jaringan.

Bermula separuh masa kedua, Zainal membuat dua pertukaran memasukkan Nazmi Faiz menggantikan Ridzuwan Selamat dan Gopi Ramachandra (Hadi Yahaya).

Permainan Selangor berubah dan Gopi terus mendapat peluang melepaskan rembatan apabila menerima hantaran Ronaldinho tetapi diselamatkan diselamatkan Izwan Mahbud.

APC kedudukanSelangor nyaris menyamakan kedudukan menerusi Andik Vermanshah (m52) namun percubaannya ditanduk keluar pemain pertahanan Tampines Rovers.

Beberapa gerakan selepas itu masih tidak mendatangkan hasil diharapkan termasuk sepakan percuma Hafiz Kamal (m72) melewati palang gol lawan.

Kemasukan S Veenod (m80) menggantikan Hafiz tidak banyak membantu dan keputusan kekal hingga tamat perlawanan untuk kemenangan skuad bimbingan V Sundram Moorthy.

Ia adalah kekalahan pertama The Red Giants dalam saingan Piala AFC apabila sebelum ini mencatat seri 1 – 1 bertemu Ceres FC (Filipina) di negara berkenaan.

Pada 4 Mac lalu Selangor terkeluar dalam Piala FA apabila tewas 2 – 1 kepada PDRM dan dijadualkan bertemu Terengganu dalam saingan Liga Super pada 11 Mac ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.