Categories
NASIONAL

Rakyat terbuka terima Mahathir jika…

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MAC: Rakyat akan lebih terbuka menerima mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau secara peribadi mendedahkan konspirasi Fitnah I membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, berkata jika beliau bertindak demikian, sokongan rakyat akan semakin bertambah dengan hati terbuka.

“Ini pendapat peribadi saya kerana rakyat masih gusar dengan tindakan beliau keluar Umno yang dilihat lebih kepada kekecewaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Manivanan-Gowin-4a“Saya lebih rela Mahathir keluar Umno ketika parti itu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana kalau keluar masa itu, ia akan lebih baik.

“Dari sudut ini, beliau bukan secara menyeluruh memahami penderitaan dan kesengsaraan rakyat. Tetapi tidak mengapa, lebih baik lakukan sesuatu sebelum terlambat,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Manivannan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, Mahathir perlu membawa reformasi menyeluruh untuk membantu rakyat yang tertindas dengan kepimpinan Najib.

Katanya, kesilapan lalu perlu diperbaiki dengan memaklumkan kepada rakyat untuk mengembalikan sokongan, demokrasi, maruah dan martabat negara

“Kita mahu keputusan ikhlas tatkala keadaan rakyat yang semakin tertekan ketika ini.

“Mahathir perlu perhalusi dan memahami dengan mengeluarkan Najib sahaja tidak bermaksud rejim Umno yang zalim akan bertaubat, itu tidak mungkin.

“Apa yang perlu dilakukan sepatutnya adalah ubah suai dan perbaiki apa yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.