Categories
SELANGOR

RM850,000 untuk ‘mengantarabangsakan’ dan ‘memasyarakatkan’ UNISEL

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 MAC: Penyertaan Universiti Selangor (UNISEL) dalam program pertukaran pelajar dengan beberapa universiti serata dunia diyakini mampu mempromosi universiti itu diperingkat antarabangsa.

Naib Kanselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, berkata pihaknya memanfaatkan sepenuh peruntukan RM250,000 daripada pejabat Exco untuk ‘mengantarabangsakan’ UNISEL.

Prof Redzuan (2)“Tujuannya supaya UNISEL bukan sahaja universiti dikenali dalam lingkungan Selangor atau Malaysia sahaja malah pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa dengan menghantar pelajar kita ke luar negeri melalui program pertukaran pelajar atau menerima pelajar luar ke UNISEL,” katanya ketika ditemui SelangorKini di pejabat beliau di Kampus Utama, UNISEL di sini, baru-baru ini.

Katanya, selain menjimatkan kos promosi, langkah ini turut memberi manfaat kepada pelajar dengan menimba pengalaman belajar di universiti luar negara.

Bagi peringkat tempatan pula, Dr Mohamad Redzuan berkata, UNISEL menjalankan pelbagai program ‘memasyarakatkan’ UNISEL di beberapa lokasi terpilih.

Kampus UNISEL“Sebagai contoh kita ingin menggerakkan program memasyarakatkan UNISEL dan Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) meluluskan RM600,000 untuk tujuan ini. Kita juga bercadang menggunakan peruntukan ini untuk mendekati masyarakat melalui beberapa program sekaligus memasarkan UNISEL kepada masyarakat.

“Kita mahu rakyat Selangor tahu, UNISEL ini milik mereka,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, program mendekati masyarakat ini mampu memberi kesan lebih positif apabila program ini secara langsung dapat mempromosi UNISEL terus kepada golongan sasaran.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.