Categories
SELANGOR

Selangor komited perjuang hak wanita

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 MAC: Kerajaan Selangor komited dalam usaha mencapai kesaksamaan gender serta hak wanita di semua peringkat melalui #PledgeForParity atau #IkrarUntukKesaksamaan dalam Sambutan Hari Wanita Sedunia 2016.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata RM50,000 diperuntukkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat menangani krisis serta kesedaran awam bagi melindungi dan menyantuni wanita dan kanak-kanak menghadapi keganasan domestik.

WANITA SELANGOR“Kita menyahut seruan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan melancarkan kempen #HeForShe pada 2 Februari lalu yang menyeru kaum lelaki bersama dalam solidariti kesaksamaan gender dan menghapuskan diskriminasi terhadap wanita.

“Dengan bertemakan #PledgeForParity atau #IkrarUntukKesaksamaan kita berikrar mencabar persekitaran berat sebelah secara kita sedari mahupun tidak dan berikrar untuk menuntut kepimpinan gender yang seimbang,” katanya dalam kenyataan.

Dr Daroyah berkata, dalam dalam Forum Ekonomi Dunia 2015 lalu menjangkakan jurang kesaksamaan gender hanya dapat ditamatkan menjelang 2133.

“Walaupun situasi ini membimbangkan, namun setiap tahun tanggal 8 Mac wajar kita raikan sumbangan dan pencapaian wanita dalam bidang sosial, budaya, ekonomi dan politik bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga prihatin kepada wanita bekerjaya masa kini yang menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui program Selangor Home Maker iaitu waktu kerja anjal ditempat kerja agar wanita dapat terus menyumbang kepada negeri,” katanya.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.