Categories
SELANGOR

Tiga kursus serentak didik anak usahawan HIJRAH

HULU LANGAT, 16 MAC :  Bertepatan dengan matlamat Kerajaan Negeri membangunkan modal insan dan spiritual, HIJRAH Selangor menganjurkan aktiviti khusus untuk anak-anak usahawan HIJRAH bagi memastikan musim cuti sekolah dimanfaat sebaiknya.

Ketua Pengurus Operasi HIJRAH, Roslim Md Akhir, berkata 120 tempat disediakan untuk anak usahawan dalam pembentukan modal insan lestari dengan menekankan pembentukan institusi kekeluargaan dalam masyarakat.

H2Katanya, program 2 hari 1 malam itu disasarkan kepada anak usahawan HIJRAH berumur 12 hingga 17 tahun serentak di tiga lokasi membabitkan kursus ‘Pembangunan Insan Profesional’ di Kem Wirajaya Forest Resort, Sungai Congkak, ‘Smart Caliph’ di Kem Kalumpang Resort dan ‘Remaja Bestari’ di Warisan Sembilang Jeram.

“Program ini dianjurkan bagi mengisi masa lapang anak usahawan di musim cuti sekolah dengan menambah ilmu pengetahuan merangkumi aspek kepimpinan, membina sikap positif, daya saing tinggi, mengenal diri dan potensi. Usahawan perlu rebut peluang ini.” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Pembangunan Insan Profesional di Sungai Congkak, baru-baru ini.

 

H1Roslim berharap program terbabit menjadi titik mula untuk masa depan lebih cemerlang kepada peserta dengan mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang mengikuti kursus.

Sementara itu, Bahagian Khidmat Profesional HIJRAH kini giat menyusun program usahawan yang bakal menemui peserta di tiga lokasi pada penghujung Mac dan April ini.

Kepada Usahawan HIJRAH yang berminat boleh menghubungi Pejabat Cawangan HIJRAH berdekatan untuk mengesahkan penyertaan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.