Categories
SELANGOR

135 Tok Batin sertai Simposium Kepimpinan Orang Asal

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 APR: Simposium Kepimpinan Tok Batin / Penghulu Orang Asal Islam diteruskan dengan siri terbaru tahun ini membabitkan 135 peserta seluruh Malaysia bagi mencapai misi memperkasa kepimpinan masyarakat itu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata simposium itu juga bertujuan memangkin pembangunan Islam dalam mengejar kemajuan ekonomi, diri dan masyarakat setempat.

Simposium Orang Asli MAIS JAKIM peringkat kebangsaan Carlton Hotel (ASRI) (3)“Ia merupakan forum membina dan memperkasa kepimpinan orang asal yang merupakan penggerak utama kepada kemajuan dakwah dan bimbingan sahsiah.

“Ia juga mengeratkan hubungan baik dan merapatkan jurang perbezaan dalam kepelbagaian fahaman agama, adat, kepercayaan, bangsa dan budaya khasnya masyarakar orang asal di seluruh Malaysia,” katanya di Carlton Holiday & Suites, Seksyen 13, di sini.

Simposium kali keempat anjuran MAIS itu mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dan Yayasan Taqwa.

Bermula semalam, simposium tiga hari itu dimuatkan dengan palbagai program antaranya forum keselamatan negara, simulasi keselamatan kampung orang asal, lawatan ke Masjid Negeri dan Kompleks Kesenian Islam serta I-City.

Turut diadakan aktiviti sembang santai bersama Senator Orang Asal, Isa Abd Hamid dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Selangor, Muhammad Fitri Abdullah.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.