Categories
NASIONAL

1MDB: Bank Negara beri amaran sejak 2014

SHAH ALAM, 18 APR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjelaskan pihaknya sudah mengeluarkan amaran berkenaan 1Malaysia Develop Berhad (1MDB), sejak 2014.

Beliau yang bakal mengakhiri kontraknya hujung bulan ini berkata, amaran itu adalah berkenaan risiko hutang firma yang melambung kepada sistem kewangan negara.

Zeti“Sudah pasti ia berada dalam radar pemantauan kami. Kami memantau daripada segi tahap keberhutangan mereka dan jika ia memberi implikasi sistematik dengan sektor perbankan,” katanya kepada Bloomberg di Washington yang dipetik daripada laporan Malaysiakini.

Menurut laporan itu, hutang 1MDB setakat Januari lalu mencecah RM50 billion (AS$12.8 billion).

Beliau berkata, Bank Negara mengeluarkan dua memorandum kepada Kementerian Kewangan membabitkan lonjakan hutang firma berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.