Categories
SELANGOR

MPSJ iktiraf peranan Jawatankuasa Penduduk

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 11 APR : Sebanyak 24 zon jawatankuasa penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah JKP dan Zon Bersih, malam tadi.

Bertempat di Grand Ballroom, Level R The Place One City, penghargaan diberikan kepada kesemua 24 zon yang mewakili hampir 708,296 penduduk Subang Jaya atas komitmen yang diberikan.

CP2A3687Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata 24 zon JKP berjaya memainkan peranan penting JKP sebagai medium komunikasi antara MPSJ dan penduduk.

“JKP banyak membantu MPSJ meningkatkan kualitit penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

“MPSJ tidak keberatan untuk mengadakan anugerah JKP pada setiap tahun bagi mengiktiraf peranan JKP itu sendiri,” katanya pada ucapan aluan.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ADN Subang Jaya, Hannah Yeo, ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, ADN Kinrara, Ng Sze Han dan ADN Sri Serdang,Noor Hanim Ismail.

Turut sama memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Kelana Jaya,Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min.

MPSJDalam pada itu, JKP dari Zon 1 dan Zon 3 menerima pengiktirafan utama menerusi Anugerah Zon Bersih JKP MPSJ 2015 Keseluruhan Terbaik dan Anugerah JKP MPSJ 2015 Keseluruhan Terbaik.

Masing-masing menerima wang kemenangan berjumlah RM3,000, sijil penghargaan berserta trofi.

JKP Zon 1 yang diwakili Chia Yew Ken turut menerima penghargaan menerusi Anugerah Kepimpinan Terbaik, Anugerah Inovasi Zon Bersih dan Anugerah Dokumentasi.

Sementara JKP 3 diwakili Pooi Weng Keong berjaya membawa pulang Anugerah Program Kemasyarakatan Terbaik dan Anugerah Pengurusan Projek Inden.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.