Categories
NASIONAL

Angka korban gempa bumi Ecuador meningkat 262

QUITO 18 APR: Angka kematian akibat gempa bumi kuat melanda Ecuador semalam meningkat kepada 262orang manakala lebih 2,500 lagi cedera.

Agensi Berita Antarabangsa SKYNEWS melaporkan angka terkini itu diberikan dengan kawasan yang musnah di pesisir pantai negara itu akibat gempa.

Sebelum ini angka rasmi yang dikeluarkan akibat gempa 7.8 magnitud itu ialah 235 terkorban manakala 1,557 lagi cedera.

CgNRYmCUkAAmaXaTerdapat senarai panjang mangsa yang masih hilang dan usaha mencari sedang dilakukan pihak berkuasa.

Presiden Ecuador, Rafael Correa bergegas pulang dari lawatan di Itali bagi memantau situasi kecemasan negaranya.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan kira-kira 160 gempa bumi susulan berlaku di kawasan itu dengan enam kawasan diisytiharkan kawasan bencana.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.