Categories
SELANGOR

Cegah denggi dipergiat, 111 kompaun dikeluarkan

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 APR: Sebanyak 111 kompaun membabitkan RM55,500 dikeluarkan dalam Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan Premis Individu di lokaliti hotspot pembiakan Aedes.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Negeri turut mengenalpasti empat lagi lokasi hotspot di Daerah Gombak yang akan diambil tindakan segera oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

DAROYAH DENGGI“Kawasan tersebut adalah Apartment Bandar Baru Kundang, Bandar Baru Seri Kundang, Taman Sri Gombak Fasa 9 dan Taman Pinggiran Batu Caves.

“Di apartment Bandar Baru Kundang, mendapati 60 peratus daripada penduduk di situ adalah warga asing dan daripada 542 rumah, 281 daripadanya adalah kosong tidak berpenghuni dan menjadi tempat pembuangan sampah,” katanya dalam kenyataan.

Daroyah berkata, Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan Premis Individu di lokaliti hotspot yang sepatutnya berakhir 10 Mei dilanjutkan hingga 10 Jun.

“Dalam tempoh itu, seramai 65 pasukan yang terdiri daripada pelbagai agensi membuat pemeriksaan ke 21 lokaliti hotspot yang merangkumi 43 peratus daripada keseluruhan lokaliti hotspot seluruh Selangor.

“Antara agensi telibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.