Categories
SELANGOR

Future leaders, latih golongan muda jadi pemimpin

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 APR : Golongan muda dilatih supaya menjadi individu lebih berketerampilan dan mampu menjadi pelapis pemimpin sedia ada menerusi program Future Leaders.

Pengarah Program, Mohd Imran Md Ishak, berkata penganjuran julung kalinya program itu dilaksanakan untuk melatih genasi muda agar memiliki daya pemikiran intelektual.

Future Leaders“Objektif program antaranya membina karakter dan imej kepimpinan yang mampu memimpin rakyat pelbagai kaum dengan membawa agenda Islam.

“Selain itu, peserta dilatih menjadi salah satu sumber penyelidikan Islam dalam mengkaji polisi dan dasar sesebuah negara atau negeri,” katanya dalam kenyataan.

Program diadakan setiap Ahad bermula 3 April lalu dianjurkan Pusat Khidmat ADN Cempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Mohd Imran berkata peserta dilatih mengikuti kursus latihan kepimpinan, kelas pengucapan awam, penulisan dan pembacaan, debat ala parlimen, interaksi bersama tokoh, pembinaan keyakinan diri, aktiviti kemasyarakatan, teori politik, sosial, dan ekonomi.

Selain itu, peserta juga diberi kefahaman berkaitan selok belok pentadbiran sesebuah kerajaan bagi melahirkan seorang negarawan yang dapat memimpin rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

“Diharapkan program ini dapat menembusi bakat kepimpinan di kalangan generasi muda sehingga dapat melahirkan ‘Leaders’ untuk memimpin Malaysia,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.