Categories
NASIONAL

Kekalkan Tan Sri Zeti sebagai Gabenor Bank Negara jika tiada pengganti

SHAH ALAM 19 APR: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dikekalkan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) jika Kerajaan Persekutuan tidak menemui pengganti sesuai dengan memberikannya lanjutan kontrak bagi memenuhi hasratnya melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum beliau bersara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rakyat masih menanti jaminan Perdana Menteri bahawa BNM bebas daripada campurtangan ahli politik.

ZetiKatanya jaminan itu penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan.

“Peringatan Tan Sri Zeti bahawa BNM perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik perlu diambil serius.

“Kerajaan Persekutuan wajib melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM lebih lagi tangan ghaib yang cuba menutup isu 1MDB,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan media.

Kata Tuan Ibrahim, hasrat Tan Sri Zeti untuk melihat isu 1MDB selesai sebelum beliau bersara nampaknya susah kesampaian dengan pengganti Tan Sri Zeti dijangka terus memikul tugas menyelesaikan masalah 1MDB.

Bank-Negara-MalaysiaBeliau berkata BNM adalah satu-satunya institusi yang masih dipercayai rakyat Malaysia, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

“Pengganti beliau mesti daripada kalangan berwibawa, bebas dari pengaruh politik, berani, tegas, adil, berpihak pada kebenaran dan berkemampuan seperti Tan Sri Zeti.

“Mereka yang pernah melibatkan diri di dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan mana-mana parti politik BN mestilah ditolak sebagai calon gabenor BNM yang baru,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.