Categories
SELANGOR

MB lawat Hanipa, keadaan stabil

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 5 APR: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa menziarahi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohamed Azmin ketika ditemui mahu semua pihak mendoakan kesihatan Hanipa pulih seperti sediakala.

“Saya mendapat penerangan doktor dan Alhamdulillah beliau kini dalam keadaan stabil.

CfRZJFBVIAA5APx“Bagaimanapun, pasukan doktor pakar sedang memantau perkembangannya selepas menjalani pembedahan malam semalam.

“Dalam tempoh 48 jam ini, ia merupakan saat penting untuk keadaan beliau, jadi saya mendoakan kesihatan beliau kembali pulih,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata ketika ini, terdapat tanda positif keadaan Hanipa.

Pada masa yang sama, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri turut bersedia membantu keperluan isteri dan keluarga Hanipa.

“Keutamaan kita ialah memberi sokongan moral kepada keluarga dan pasukan doktor sedang bertungkus lumus.

“Jika ada keperluan lain, insyallah kita akan membantu,” katanya.

Hanipa semalam, pengsan di Dewan Rakyat dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara.

Bagaimanapun, beliau didapati memerlukan pembedahan otak kerana mengalami pendarahan kepala.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.