Categories
SELANGOR

MPK tukar kaedah bersih Pasar Meru

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 18 APR: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mahu kira-kira 600 peniaga di Pasar Besar, Meru, di sini, bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam usaha menjaga kebersihan di pasar terbabit.

Yang DiPertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, hal itu penting dalam usaha peniaga menarik lebih ramai pelanggan ke gerai masing-masing jika dapat mengekalkan kebersihan.

Yasid Bidin SMUE ijok 01“Saya amat perlukan kerjasama penjaja di semua gerai. Saya tidak mahu apabila penguatkuasa hadir baru peniaga sibuk menjaga kebersihan.

“Saya percaya jika gerai penjaja bersih, maka peluang penjanaan keuntungan makin bertambah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pasar berkenaan.

Yasid berkata, MPK akan memastikan pasar berkenaan dinaiktaraf mengikut peruntukan yang mampu dibelanjakan pihaknya selepas kebersihan kawasan sekitar dijaga.

“Jika sebelum ini, kerja pembersihan dilakukan selepas urusniaga dijalankan. Bagi saya, ia tidak praktikal dilaksanakan kerana orang ramai akan datang masa beli-belah.

ayam mentah pasar stok 02“Jadi, kita menukar kaedah pembersihan yang mesti dilakukan sebelum aktiviti urusniaga, manakala kerja pembersihan dilakukan MPK dan kontraktor selepas urusniaga,” katanya.

Sebelum ini, Yasid juga mahu peniaga pasar berkenaan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada MPK.

“Walaupun MPK meletakkan kakitangan di pasar untuk memastikan tahap kebersihan, kami memerlukan kerjasama peniaga supaya tidak membuang sampah merata-rata.

“Tindakan tegas akan dikenakan jika ada peniaga tidak memberi kerjasama, namun kesedaran di dalam diri mereka lebih penting,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.