Categories
NASIONAL

Pasaran wang dijangka stabil minggu depan

KUALA LUMPUR 30 APR: Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus campur tangan untuk menguruskan lebihan mudah tunai.

Bank pusat dijangka melaksanakan tender harian untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Bagi minggu baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan dana dengan menjalankan beberapa tender — pasaran wang konvensional, Qard, repo, lelongan matang, lelongan matang Islam dan Program Murabahah Komoditi.

NILAI RINGGITPada Jumaat, tindakan bank pusat membantu mengurangkan lebihan mudah tunai pasaran dalam sistem konvensional kepada RM23.01 bilion daripada RM29.60 bilion sebelum ini.

Mudah tunai pasaran dalam sistem Islam jatuh kepada RM5.75 bilion daripada RM12.90 bilion sebelum ini.

Kadar semalaman kekal pada 3.21 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 3.30 peratus, 3.35 peratus dan 3.39 peratus pada sepanjang minggu.

Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan kekal tidak berubah daripada 3.70 peratus pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.