Categories
SELANGOR

YAWAS terus konsisten bantu masyarakat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 30 APR : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga tahun berakhir 2016.

Pengurus Besarnya, Mohd Nor Mohd Zin, berkata proses tersebut membolehkan YAWAS melaksanakan program bantuan jangka panjang sekali gus mampu memberi manfaat kepada masyarakat memerlukan.

YAWAS“Alhamdulillah YAWAS mendapat kelulusan pengecualian cukai di bawah subsekyen 44(6) ACP 1967 daripada pihak kementerian.

“Kelulusan ini membolehkan pihak YAWAS mewujudkan tabung dikenali sebagai Tabung Generasi YAWAS (TERAS) apabila penyumbang layak menerima rebat cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan disampaikan Esekutif Kanan Perhubungan Awam YAWAS, Atiqah Akma pada Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan TAWAS di Masjid Asy Syariff, Meru Klang.

Sebelum ini, proses kelulusan diterima sejak 2012 itu memberi peluang kepada setiap anak kelahiran Selangor yang mendaftar di bawah program ini layak menerima bantuan pembangunan modal insan, pendidikan dan kemasyarakatan.

Bagaimanapun YAWAS tampil dengan sedikit kelainan daripada bantuan awam lain apabila ahli TAWAS seluruh negeri mendapat manfaat yang sama.

Ini meliputi bantuan am kepada tahap penyakit kronik, kehilangan ibu bapa atau keluarga terlibat dalam bencana alam seperti banjir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.