Categories
SELANGOR

Peniaga disaran jadikan integriti teras perniagaan

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING, 5 APR: Peniaga disaran mengamalkan elemen integriti menjadi teras dalam menjalankan perniagaan.

Datuk Bandar Petaling Jaya MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, berkata sifat integriti tidak hanya untuk kakitangan awam atau pekerja swasta sahaja malah perlu wujud dalam diri setiap peniaga.

peniaga asnaf 2“Seperti di negara maju Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah kesedaran peniaga dalam menjaga hubungan sangat tinggi kerana bimbang akan menjejaskan perniagaan.

“MBPJ mengadakan program ini adalah untuk membaiki kefahaman dan kesedaran kepada peniaga tentang integriti dalam berniaga khususnya bersifat amanah dan jujur kepada pelanggan,” katanya sewaktu Program Integriti Bersama Peniaga Petaling Jaya di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ.

Program itu anjuran MBPJ bersama Institut Integriti Malaysia (Integriti) dengan kerjasama Tekun Nasional, Yayasan Hijrah Selangor dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

Mohd Azizi berkata, program itu juga memberi kesedaran kepada peniaga untuk mengikut prosedur ditetapkan dengan betul supaya peniaga dapat berniaga tanpa menghadapi sebarang masalah di masa depan.

Katanya, sekiranya tidak ada sistem mengawal selia yang betul kemungkinan berlaku ketidakadilan urusan, penindasan, urusan menjadi lambat dan tidak efisyen akan berlaku.

“Walaupun tidak dinafikan berlaku kelompongan dalam penguatkuasa di peringkat majlis, namun kita masih dalam usaha meningkatkan modelus operandi yang lebih efektif dan relevan.

“Dengan adanya kerjasama peniaga dengan penguatkuasa MBPJ dapat meningkatkan tahap pematuhan dan memberi kesan jangka panjang dengan meningkatkan pertubuhan ekonomi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.