Categories
SELANGOR

Pesalah hutan simpan terbakar berdepan denda RM500,000

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 APR: Sejak awal tahun ini, dua hutan simpan kekal di Selangor mengalami pembakaran terbuka iaitu di Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata semua agensi dan jabatan terbabit termasuk Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bekerjasama mencegah kebakaran.

Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut membantu memadam api dengan kaedah ‘water bombing’ menggunakan pesawat bombardier CL 415 MP.

elizabeth api johan setia 25 jun 03“Usaha lain termasuk pembelian peralatan pemadam khas untuk tanah gambut bagi mempercepatkan proses memadam api.

“Semua kos dikeluarkan jabatan terbabit mengikut apa yang sudah dipertanggungjawabkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, media melaporkan operasi pemadaman Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan, Banting masih diteruskan sejak 1 April lalu.

HUTAN TERBAKARPembakaran hutan untuk tujuan pertanian disyaki antara punca berlakunya kebakaran di kawasan seluas 31 hektar itu.

Elizabeth mengingatkan orang ramai supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran termasuk sengaja melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas melampau.

“Perbuatan itu hanya menyebabkan keadaan semakin kronik serta mendorong kepada beberapa masalah lain.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada penceroboh kawasan hutan simpan kekal, termasuk dibawa ke mahkamah dengan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.