Categories
SELANGOR

Piala AFC: Jaringan Ronaldinho hidupkan peluang Selangor

OLEH : AFIX REDZUAN

SELAYANG, 12 APR: Jaringan lewat permainan Patrick Ronaldinho Wleh menghidupkan kembali peluang Selangor meneruskan kemaraan ke pusingan kedua saingan Piala AFC selepas menewaskan Sheikh Jamal Damondi 2-1.

Jaringan pada minit ke-89 itu melegakan The Red Giants yang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Selayang selepas gagal memanfaatkan deretan peluang.

CP2A4378Segalanya bermula selepas Ronaldinho berjaya melepasi kawalan pertahanan Sheikh Jamal menerusi satu serangam balas pantas bagi menewaskan penjaga gol lawan, Maksudur Mostak.

Selangor sebelum itu membuka tirai jaringan awal pada minit ke-16 menerusi tolakan mudah Hazwan Bakri selepas menerima hantaran lintang Andik Vermansyah bagi menewaskan Maksudur Mostak.

Sheikh Jamal kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi Landing Darboe pada minit ke-35 selepas beliau melakukan rembatan kencang kaki kiri ekoran situasi kelam kabut dihadapan gawang Selangor.

Malang buat kedua-dua pasukan kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi tempoh 20 minit terakhir permainan selepas Hafiz Kamal dilayangkan kad merah pada minit ke-56 diikuti Yeasin Khan pada minit ke-68.

Pemain gantian Selangor, Adam Nor Azlin berpeluang untuk menggandakan jaringan pada minit ke-82 namun gagal merembat tepat ke gawang Sheikh Jamal selepas menerima lorongan cantik Patrick Ronaldinho Wleh.

Dalam perkembangan lain, Ceres La Salle merampas kedudukan pendahulu kumpulan E selepas mengenepikan cabaran Tampines Rovers 2-1 di Filipina.

Selepas empat perlawanan, Ceres La Salle mendahului dengan 8 mata diikuti Tampines Rovers yang berkongsi 7 mata bersama Selangor namun dipisahkan dengan jumlah jaringan dan Sheikh Jamal Damondi di kedudukan terakhir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.