Categories
SELANGOR

Sediakan atap perlindungan, kurang risiko kemalangan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 11 APR : Pihak pemaju disaran menyediakan atap perlindungan sementara bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan pembinaan pusat komersial Seksyen 7, di sini.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Pagi Seksyen 7 Jeff Low, berkata pihak pemaju sebelum ini pernah berjanji untuk menyediakan atap perlindungan tersebut bagi tujuan keselamatan peniaga pasar pagi berhampiran kawasan pembinaan.

IMG-20160411-WA0010Malangnya, keperluan tersebut sehingga kini belum disegerakan secara konsisten, sekaligus mengundang rasa kurang senang peniaga berhubung perkara itu.

“Kita mahu pemasangan atap perlindungan itu disegerakan. Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan risiko kemalangan kalau ada objek binaan jatuh ke kawasan tempat kami berniaga,” katanya.

Seramai lebih 128  peniaga pasar pagi di kawasan berhampiran tempat pembinaan di kawasan itu bimbang apabila pihak pemaju gagal memberi perhatian terhadap aspek keselamatan di kawasan pembinaan berhampiran.

Ia susulan dua insiden yang berlaku di kawasan pembinaan tersebut baru-baru ini apabila sebuah kren terbalik Februari tahun lalu dan kejadian struktur bangunan runtuh, 9 April lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.