Categories
SELANGOR

Selangor giat naik taraf imej Batu Arang

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 18 APR: Usaha meningkatkan imej Batu Arang sebagai antara destinasi pelancongan utama di Selangor terus dipergiat dan pekan itu kini tidak lagi bergantung kepada tarikan sejarah.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, Batu Arang kini semakin popular dengan elemen pelancongan sukan (sport tourism).

unnamed-300x450“Antaranya, termasuk program Jamboree MTB Warisan Batu Arang yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan berbasikal daripada seluruh tanah air.

“Terbaru, Deuter International Trail Run 2016 turut dianjurkan di sini dan dijangka turut disertai pelancong luar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan logo Deuter International Trail Run 2016 di Wisma UFL, di sini, hari ini.

Elizabeth berkata, beberapa projek naik taraf turut dirangka Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa.

“Sebelum ini, kita sudah menaik taraf papan tanda dan informasi sejarah untuk memudahkan orang ramai.

“Kita juga ada menaik taraf struktur kawasan tapak pelancongan di sana,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.