Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor International Expo 2016 tumpu industri halal, sains hayat dan industri e-dagang

Invest Selangor Berhad (ISB) adalah agensi penggalakkan pelaburan, milik penuh Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Selangor International Expo 2016 yang menjanjikan pameran perdagangan yang lebih besar, kepelbagaian dan menarik pada 20 Oktober hingga 22 Oktober, 2016.

Pada tahun ini, tiga sektor industri telah dipilih untuk menjadi tumpuan di dalam pameran ini, iaitu Halal, Sains Hayat dan E-Dagang.

Bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) di Seri Kembangan, Selangor yang akan memuatkan sebanyak 700 ruang pameran, di mana pada dua hari pertama ia akan menempatkan pelawat perdagangan dan pada hari terakhir kepada pengunjung-pengunjung awam yang berminat.

Pameran ini yang berlangsung pada tahun lepas juga telah menarik minat peserta dari Thailand, China, India, Indonesia dan Eropah.

Industri BioteknologiPempamer dari luar negara telah mengambil kira-kira 182 tapak pameran manakala, sebanyak 218 tapak pameran adalah pempamer dari Malaysia serta telah menerima kunjungan sebanyak 4,300 pengunjung.

Pelbagai pihak telah bekerjasama bagi menjayakan misi Selangor International Expo 2016 ini, untuk mempromosikan pameran perdagangan ini, dimana ia akan menghubungkan pelbagai organisasi dari sektor swasta dan kerajaan serta memberi peluang kepada rangkaian perniagaan, di samping mempamerkan kepakaran, produk dan perkihdmatan yang terkini dan inovatif.

Invest Selangor telah bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk meneroka peluang, mewujudkan peluang perniagaan yang lebih maju, mengemaskini maklumat pelaburan dan menggalakkan pelabur-pelabur yang sedia ada dan berpotensi untuk berkerjasama untuk mengembangkan perniagaan di dalam negeri ini.

Lima sektor industri utama seperti Elektrik dan Elektronik, Sains Hayat, Makanan dan Minuman, Pengangkutan dan Logistik, serta Jentera dan Kelengkapan adalah antara sektor-sektor industri yang menjadi tumpuan pelaburan di negeri Selangor.

Dikenali ramai sebagai ‘The Golden State of Malaysia’, Selangor juga terkenal sebagai salah sebuah negeri termaju di Malaysia yang terletak di sebelah persekutuan wilayah merangkap ibu negara iaitu Kuala Lumpur.

Dalam mengukuhkan lagi reputasi Selangor sebagai ‘The Golden State’ di Malaysia, sumbangan KDNK negeri Selangor telah menjadi 22.4 peratus pada tahun 2015 digabungkan juga dengan pertumbuhan 6.5 peratus setahun.

Negeri Selangor adalah negeri yang menawarkan persekitaran yang dinamik dan sentiasa berusaha untuk menambahbaik keseluruhan sektor meliputi sektor ekonomi, sektor industri, sektor pelaburan serta sektor sosial.

Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar di negara ini dan ia adalah pintu masuk laut utama di mana ia terletak di pantai barat negara ini.

Terdapat tiga pelabuhan berasingan iaitu Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan dan juga dua lapangan terbang antarabangsa terletak di sempadan-sempadan negeri ini, ditambah pula dengan laluan jalanraya dan laluan pengangkutan kereta api dan logistik yang cekap, mewujudkan kelebihan kepada negeri Selangor.

Dengan lokasi yang strategik dan pembangunan infrastruktur yang mantap dalam menghubungkan lapan taman industri, pelabur-pelabur juga yakin dengan tenaga kerja yang merangkumi faktor pendidikan, sokongan ekonomi yang padu di dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di samping juga menikmati kehidupan yang berkualiti.

Mengikut statistik MIDA pada tahun 2015, negeri Selangor telah mencatatkan rekod tertinggi dalam projek yang telah diluluskan dengan modal pelaburan yang berjumlah RM124.43 bilion.

Di samping itu, Pelaburan Asing (FDI) untuk Selangor juga berjumlah RM63.3 bilion dan dianggarkan 1,300 syarikat multinasional telah menjalankan perniagaan mereka dalam lingkungan yang sama juga di negeri ini.

Kesemua angka apabila digabungkan, menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang berprofil tinggi dalam menempatkan pusat perniagaan utama negara ini, juga yang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur lain dalam menubuhkan hab serantau mereka di ASEAN dan berkemungkinan juga sebagai pusat perdangangan.

Selangor International Expo 2016 adalah platform utama dalam menghubungkan kedua-dua pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa, di mana ianya juga memberi tumpuan kepada perniagaan-perniagaan baharu dalam mengadakan perbincangan yang sihat, kerjasama di antara satu sama lain dalam menghasilkan perkongsian yang strategik dan sinergi.

Serentak dengan kewujudan ekspo tiga hari ini, beberapa persidangan juga akan diadakan di mana ia akan menghubungkan pelbagai pembentang daripada pelbagai latarbelakang untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mereka dalam pelbagai industri serta pengalaman mereka dalam menjalankan perniagaan di negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Selangor International Expo 2016, sila layari laman sesawang www.selangorexpo.com atau hubungi 03-8949 5441 (Cik Jin Hain) daripada CNN International atau [email protected] serta layari laman sesawang www.investselangor.my untuk maklumat lanjut berkenaan dengan negeri Selangor, atau hubungi En Azrul Shah Mohamad di talian 03-5510 2005.

Leave a Reply

Your email address will not be published.