Categories
SELANGOR

Separuh peserta Seminar Eksekutif Halal Selangor bukan Islam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 APR: Seminar Eksekutif Halal Selangor 2016 mendapat sambutan menggalakkan apabila seminar sehari itu disertai 209 peserta.

Lebih membanggakan apabila separuh daripada peserta daripada 95 syarikat itu mewakili syarikat bukan Islam.

DSC_0078 (3)Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata ia membuktikan kesedaran golongan peniaga untuk mempraktikkan amalan perniagaan sihat yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Apa yang mengagumkan, hampir separuh penyertaan terdiri daripada kalangan bukan Islam.

“Ini menunjukkan minat mendalam untuk mengetahui apakah itu halal dan bagaimana proses pensijilan halal dilaksanakan.

DSC_0051“Tiada isu agama di sini kerana halal mencakupi nilai sejagat yang sangat universal sifatnya,” katanya ketika merasmikan seminar terbabit di Hotel Concorde, di sini, semalam.

Katanya, seminar itu diadakan bagi memastikan produk yang digunakan selamat, bersih dan menepati hukum syarak ke atas pengguna.

Beliau berkata, seminar itu juga memberi pendedahan kepada pemegang sijil halal bertukar pandangan berkenaan isu semasa membabitkan persoalan halal.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.