Categories
SELANGOR

“Sila Laporkan Lorong Gelap” jaga keselamatan penduduk

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING, 13 APRIL: Demi menjaga keselamatan rakyat, DUN Bukit Gasing mengambil inisiatif melaksanakan kempen “Sila Laporkan Lorong Gelap’ dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Adun Bukit Gasing, R Rajiv, berkata kempen itu khusus untuk kepentingan penduduk di kawasan berkenaan yang akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 15 Mei depan.

“Jika terdapat sebarang lorong atau lampu didapati tidak berfungsi, penduduk boleh membuat laporan secara terus ke pejabat Adun Bukit Gasing untuk diambil tindakan seterusnya.

IMG_6231“Antara sebab jalan raya gelap ini mungkin disebabkan lampu rosak, lampu dihalang pokok atau tidak ada lampu.

“Walaubagaimanpun, di kawasan ini hampir 90 peratus lampunya berfungsi,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di PJ Old Town, pagi ini.

Pada masa sama, Rajiv berkata, setiap aduan diterima akan disusun mengikut urutan bagi membolehkan lawatan dilakukan bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, penduduk juga boleh membuat permintaan kepada MBPJ untuk memasang lampu di lorong didapati tidak dilengkapi kemudahan berkenaan.

“Maklum balas akan diberi kepada pengadu selepas masalah itu diatasi,” katanya.

Penduduk kawasan Bukit Gasing boleh membuat aduan di Pejabat Adun, 84A Jalan Othman 1/14, PJ Old Town atau hubungi talian 03 77847490 atau email ke [email protected].

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.