Categories
NASIONAL

Skandal 1MDB : Pemimpin Umno-BN terus kunci mulut

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 APR : Skandal membabitkan penyelewengan kewangan syarikat beban hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus dibiarkan berpanjangan.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pimpinan Umno tidak memandang serius pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) berhubung status kewangan syarikat milik kerajaan itu.

“Pemimpin Umno Barisan Nasional tidak mengambil serius laporan PAC tentang 1MDB. Sebaliknya mereka akan putar belit kenyataan isu-isu lain.

Najib-WSJ-1MDB“Contohnya isu kritikan Tun Mahathir yang dianggap dusta, penipuan dan sebagainya,” tulis bekas pemimpin Umno itu pada catatatan Facebooknya, baru-baru ini.

Tidak terkejut dengan amalan sedemikian, Saifuddin berkata pemimpin Umno sedia ada menggunakan taktik lain untuk mengalih isu panas tersebut kepada sentimen isu lain mengaitkan pembangkang.

Beliau berkata perkara itu diperbesar-besarkan supaya masyarakat teralih kepada perkara lain, sekaligus melenyapkan pertikaian utama membabitkan skandal 1MDB.

“Pemimpin Umno korek dan cipta kesalahan pemimpin pembangkang atau rius dengan isu-isu lain, contohnya membabitkan isu debabt Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng,” katanya.

Laporan PAC baru-baru ini mendedahkan 1MDB yang juga syarikat cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menanggung hutang sehingga RM50 bilion.

PAC mengakui 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus ekoran kebergantungan penggunaan hutang-hutangnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.