Categories
SELANGOR

Umpama festival warna,Colour Run UNISEL meriah

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 APR: Lebih 250 peserta dilepaskan dalam program larian Colour Run Universiti Selangor (UNISEL) di perkarangan Dataran HEP Universiti itu, pagi ini.

Program larian sejauh lima kilometer anjuran Mahasiswa Sarjana Perniagaan Unisel tahun dua itu merupakan program dirangka khas menerusi subjek Projek Pengurusan (PMS 2323) universiti itu.

Pensyarah Nafiza Mahayudin, berkata mahasiswa dilatih mengurus program bersifat pembangunan generasi muda ke arah merealisasikan hasrat UNISEL sebagai sebuah Universiti ‘Leading Of Transformation’.

Nafiza Mahayudin“Mahasiswa Sarjana Perniagaan diwajibkan mendaftar subjek ini dan diberi latihan untuk menghadapi situasi sebenar mengurus sesebuah program berteraskan generasi muda.

“Hasilnya, hari ini mereka berjaya menjayakan program ini dengan sangat positif melalui penyertaan dan sambutan cukup baik daripada pelbagai pihak,” katanya kepada SelangorKini.

Program dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Polis Diraja Malaysia Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Majlis Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Colour Run UNISEL 1Menariknya, program dengan tema ‘Run Or Die’ itu diserikan dengan acara baling serbuk perwarna kepada peserta larian sebelum upacara perlepasa jam 9.00 pagi.

Lebih istimewa, Mohd Najwan bersama tetamu jemputan dan kakitangan MSN mengambil peluang menyertai larian tersebut yang tamat sekitar jam 10.30 pagi.

Program larian dibahagikan kepada dua kategori, terbuka lelaki dan terbuka wanita itu dikuasai pelari-pelari muda, di bawah umur 18 tahun.

Colour Run UNISELJohan bagi kategori lelaki terbuka, Muhammad Amin Md Rodzi membawa wang tunai RM100, empat keping tiket menyaksikan konsert rock kumpulan Search, sijil penyertaan dan medal dengan catatan masa 20 minit.

Manakala Johan bagi kategori wanita terbuka, Nor Alia Balqis membawa pulang hadiah sama dengan catatan masa 28 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.