Categories
NASIONAL

Apa pelan Petronas hadapi kejatuhan harga minyak?

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MEI: Syarikat minyak negara, Petronas didakwa tidak bersedia menghadapi kejatuhan harga minyak dunia sehingga terpaksa menghentikan banyak projek dalam dan luar negara.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini berikutan Petronas tidak menyediakan perancangan dan persediaan sekiranya berlaku kejatuhan harga minyak yang tinggi seperti berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Dr Rosli Yaakop“Ada kemungkinan dalam membuat perancangan, Petronas tidak mengambil kira penyediaan pelan sekiranya berlaku kejatuhan harga minyak seperti sekarang dan ini menyebabkan Petronas yang dalam keadaan tidak bersedia terpaksa menghentikan banyak projek di luar negara.

“Ada laporan projek Petronas di Afrika, Vietnam, Sudan dan beberapa lagi dah dihentikan. Terminal Regasifikasi (RGT) milik Petronas di Lahad Datu, Sabah juga dibatalkan.

“Ramai pekerja Petronas luar negara dah dibawa balik dan antara mereka ada juga rakan saya juga terlibat maklumkan kepada saya. Pekerja Petronas di Iraq juga dihantar balik,” kata Dr Rosli kepada SelangorKini di sini.

Katanya, seperti kebanyakan syarikat lain, keputusan ini dibuat terhadap projek ditakrifkan sebagai kurang berdaya maju dalam keadaan kejatuhan harga minyak.

petronas-logoKatanya, menghentikan projek baru dalam dan luar negara, mengurangkan belanja pengurusan dan mengurangkan belanja penerokaan kawasan baru merupakan pilihan yang ada bagi mengurangkan wang keluar sebelum beralih kepada keputusan mencairkan aset yang ada.

“Kerajaan juga bergantung kepada hasil Petronas untuk menjana pendapatan seperti cukai, petroleum dan sebagainya. Bila industri minyak dalam keadaan tidak menggalakkan pada masa ini, masalah kewangan yang dialami Petronas juga akan memberi implikasi kepada kewangan kerajaan.

“Jadi saya rasa akibat daripada kemerosotan kejatuhan harga minyak dan pendapatan Petronas sekarang ini kerajaan tidak lagi mampu berbelanja besar untuk mengurangkan pelbagai belanja,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.