Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma rapatkan jurang pendahulu

KELANTAN 22 MEI: Pelumba rookie CP130, Kasma Daniel Kasmayudin merapatkan jurang pendahulu kepada tiga mata berbanding pendahulu yang juga rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham apabila berjaya menjuarai perlumbaan akhir CP130 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Meskipun bermula agak perlahan dan sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan, Kasma berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 13’56.822s, hanya 0.012s dibezakan dengan Ahmad Fazli selepas aksi pintas memintas diantara kedua-dua pelumba itu.

MHF_4425Tempat ketiga milik Md Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 13’58.310s.

“Permulaan saya tidak begitu baik ditambah dengan kesilapan di selekoh pertama menyebabkan saya sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan.

Namun pasukan berjaya menyediakan jentera yang begitu baik dan membantu saya untuk kekal berada dalam kelompok depan. Saya hanya mengekori Fazli sehinggalah Hafiz Nor Azman berada di belakang saya dan melakukan percubaan untuk memintas.

Selepas itu saya mula mencari ruang untuk berada di depan Fazli namun pada masa sama kami pula saling bertukar kedudukan sehinggalah ke pusingan terakhir,” jelas Kasma.

Selepas empat pusingan, pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu kini mengumpul 75 mata hasil tiga gelaran juara termasuk pusingan pembukaan di Serdang, Selangor dan pusingan ketiga di Kangar, Perlis manakala Fazli di tangga teratas dengan 78 mata sambil Zaqhwan naik ke tangga ketiga dengan 45 mata.

Kemenangan ini juga meletakkan pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor selesa mendahului kedudukan berpasukan dengan mengumpul 163 mata diikuti pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan 89 mata dan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing ketiga, 77 mata.

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin meraih kemenangan ketiganya pada musim ini setelah berjaya mengungguli 12 pusingan perlumbaan yang dihentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan akibat insiden kemalangan membabitkan enam pelumba pada permulaan perlumbaan.

Sebaik perlumbaan bersambung, Tengku Amirul berjaya mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat dan menamatkan perlumbaan dengan masa 8’32.857s.

Tempat kedua milik Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan masa 8’34.043s dan Md Aznil Md Ali (M Seki Liberty Honda) ketiga dengan masa 8’35.172s.

Kemenangan ini meletakkan Tengku Amirul selesa di tangga teratas keseluruhan pelumba dengan mengumpul 95 mata sementara Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kekal ditangga kedua dengan 51 mata. Md Akid Aziz dan Md Haziq terikat di tangga ketiga dengan 44 mata.

Sementara itu, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meneruskan kecemerlangan apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori Wira pada musim ini dan seterusnya memungut 100 mata maksimum untuk terus mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.

Shafiq yang bermula dari petak kedua menamatkan 14 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan mengatasi Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) yang sekali lagi terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 10’00.107s. Tempat ketiga milik Md Qhuwarismi (Weststar Motorsport) dengan masa 10’09.616s.

Tempat kedua keseluruhan kekal milik Md Helmi dengan mengumpul 53 mata manakala Md Qhuwarismi berada di tangga ketiga dengan 47 mata.

Keputusan Pusingan 4
CP130
Akhir
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 13’56.822s 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 13’56.834s 3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 13’58.310s 4. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 14’01.533s 5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 14’02.033s

Kedudukan Keseluruhan

1. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 78 mata 2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 75 mata 3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 45 mata 4. Norizman Ismail (SGR) Honda 39 mata 5. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 38 mata

CP115
Akhir
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 8’32.857s 2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 8’34.043s 3. Md Aznil Md Ali (TRG) Honda 8’35.172s 4. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 8’35.406s 5. Saiful Izman Ahmad Zamani (SGR) Yamaha 8’35.766s

Kedudukan Keseluruhan
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 95 mata 2. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 51 mata 3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 44 mata 4. Md Haziq Md Fairues (SGR) 44 mata 5. Md Haiekal Akmal Zakaria (JHR) 40 mata

WIRA
Akhir:
1. Md Syafiq Ezzariq (SGR) Honda 9’59.874s 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 10’00.107s 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 10’09.616s 4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 10’09.843s 5. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 10’18.823s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Syafiq Ezzariq (SGR) 100 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 53 mata 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 47 mata 4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 47 mata 5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 40 mata

Leave a Reply

Your email address will not be published.